fp header

  PROFIL

Sejarah Fakulti Pendidikan Fakulti Pendidikan ditubuhkan pada 1 April 2008. Penubuhan fakulti ini merupakan susulan dari hasrat Jabatan Agama Islam Selangor untuk melatih guru-guru Kelas Fardhu Ain dan guru-guru kontrak yang sedang berkhidmat di Selangor. Ia bertujuan memenuhi matlamat jabatan tersebut untuk mewujudkan guru-guru yang profesional dalam pendidikan di negeri Selangor. Di samping itu, fakulti pendidikan juga meneruskan kesinambungan Diploma Pendidikan yang pernah dilaksanakan pada tahun 1995.

Kini, Fakulti Pendidikan Fakulti Pendidikan menawarkan dua program diploma iaitu Diploma Perguruan (Pendidikan Islam) dan Diploma Perguruan (Teaching English as a Second Language) serta tiga program Ijazah Sarjana Muda (ISM) iaitu ISM Pendidikan Islam dengan Multimedia dan ISM Pendidikan TESL dengan Multimedia. Kesemua program diploma dan ISM yang ditawarkan telah mendapat kelulusan mengendalikan program dari Agensi Kelayakan Malaysia.

Fakulti Pendidikan juga menawarkan lima program Ijazah Sarjana Pendidikan iaitu Pendidikan Islam, Pendidikan Bahasa, Kurikulum dan Pedagogi, Pentadbiran Pendidikan serta Teknologi Pendidikan dan satu program Ijazah Sarjana Doktor Falsafah Pendidikan. Program-program di Fakulti Pendidikan bermatlamat membangun pendidik yang berupaya melonjak profesion keguruan selain menjadi seorang guru yang terlatih, berkemahiran, bertanggungjawab dan mengamalkan profesionalisme dan amal soleh dalam kehidupan.

  VISI FAKULTI

Memartabatkan profesion pendidikan dengan melahirkan para pendidik yang berketerampilan, berasaskan budaya ilmu, teknologi dan beretika selari dengan nilai-nilai Islam bagi mendapatkan keredaan Allah.

  MISI FAKULTI
  • Melahirkan para pendidik yang berinovatif dan celik teknologi seiring dengan keperluan semasa.

  • Melahirkan para pendidik yang berupaya mengaplikasikan teori-teori pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

  • Melahirkan para pendidik yang dapat melaksanakan tugas berpandukan etika kerja yang cemerlang dan mampu berdaya saing.