Latar Belakang
Fakulti Pendidikan telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 2008 sebagai respons terhadap hasrat murni Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk melatih guru-guru Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) dan guru-guru kontrak yang sedang berkhidmat di negeri Selangor. Penubuhan ini selaras dengan matlamat JAIS untuk melahirkan golongan pendidik yang profesional, berkualiti dan berwibawa dalam sistem pendidikan Islam negeri. Di samping itu, Fakulti Pendidikan juga meneruskan kesinambungan program Diploma Pendidikan yang pernah dilaksanakan pada tahun 1995.
Seiring dengan perkembangan dan permintaan semasa dalam bidang pendidikan...