Latar Belakang
![]()
Fakulti Pendidikan telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 2008 sebagai respons terhadap hasrat murni Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk melatih guru-guru Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) dan guru-guru kontrak yang sedang berkhidmat di negeri Selangor. Penubuhan ini selaras dengan matlamat JAIS untuk melahirkan golongan pendidik yang profesional, berkualiti dan berwibawa dalam sistem pendidikan Islam negeri. Di samping itu, Fakulti Pendidikan juga meneruskan kesinambungan program Diploma Pendidikan yang pernah dilaksanakan pada tahun 1995.
Seiring dengan perkembangan dan permintaan semasa dalam bidang pendidikan, Fakulti Pendidikan kini menawarkan pelbagai program akademik yang merangkumi peringkat prasiswazah dan pascasiswazah.
Program Prasiswazah
![]()
Di peringkat prasiswazah, Fakulti Pendidikan menawarkan dua program diploma iaitu:
- Diploma Perguruan (Pendidikan Islam)
- Diploma Perguruan (TESL)
- Diploma Perguruan (TASL)
Ketiga-tiga program diploma ini telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), dan kumpulan pertama pelajar telah mendaftar pada 14 Jun 2008 dengan jumlah seramai 455 orang.
Manakala di peringkat ijazah sarjana muda, fakulti ini menawarkan tiga program utama:
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan Multimedia (Kepujian)
- Ijazah Sarjana Muda Teaching English as a Second Language (TESL) with Multimedia
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat)
Program Pascasiswazah
![]()
Bagi memenuhi keperluan pembangunan profesional guru dan pendidik pada peringkat lebih tinggi, Fakulti Pendidikan turut menawarkan program-program di peringkat pascasiswazah, iaitu:
- Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam)
- Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa)
- Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pedagogi)
- Sarjana Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan)
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pendidikan
Keseluruhan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan bertujuan melahirkan para pendidik yang berilmu, berkemahiran tinggi, mengamalkan profesionalisme serta menghayati nilai-nilai murni dan amal soleh dalam kehidupan seharian. Fakulti ini komited untuk terus menjadi peneraju dalam membentuk barisan guru masa hadapan yang unggul demi kemajuan pendidikan di negeri Selangor dan Malaysia secara keseluruhannya.
