Latihan Industri

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)

title bar 80

ROS merupakan pendedahan awal guru pelatih kepada alam persekolahan dari perspektif guru. Bagi guru pelatih ROS merupakan aktiviti yang menitikberatkan tugas-tugas mendokumentasikan maklumat secara profesional melalui penyediaan portfolio tugasan ROS. Program ini bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah, guru pelatih dapat memahami tingkah laku, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan konsep 6M (mudarris, mu’allim, murabbi, muaddib, mursyid dan muballigh).

Praktikum

title bar 80

Praktikum adalah kesinambungan Rancangan Orientasi Sekolah yang memberi peluang kepada guru pelatih mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan antara fakulti pendidikan, sekolah, dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Muat Turun

title bar 80

logo fp uis w

Aras Bawah, Blok Akademik 4, Universiti Islam Selangor (UIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000
fakultipendidikan@uis.edu.my

Waktu Operasi

  • Isnin - Jumaat :
    8:00 pagi - 5:30 petang
  • Rehat (Isnin - Khamis) :
    1:00 - 2:00 petang
  • Rehat (Jumaat) :
    12:15 - 2:45 petang
  • Sabtu - Ahad :
    Tutup